Wednesday, October 13, 2010

Selamat Datang ke Blog Ilmu Pendidikan IPG KTB

Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) menyediakan pelbagai kursus teras Ilmu Pendidikan (PN) dalam kursus pendidikan guru di IPG Kampus Tuanku Bainun. Semua guru pelatih  KPLI SR  dan KDPM (sepenuh masa/KDC) diwajibkan mengikuti dan lulus dalam semua komponen Ilmu Pendidikan yang disediakan iaitu Psikologi Pendidikan, Pedagogi, Pendidikan di Malaysia/Profesionalisme Keguruan. Selain itu, JIP juga menyediakan kursus Pengajian Prasekolah untuk kumpulan guru pelatih major Prasekolah.

Bagi para pelajar PISMP, mereka diwajibkan mengikuti 9 jenis kursus teras Pengajian Profesional (Ilmu Pendidikan) iaitu:

1. EDU3101  Falsafah dan Pendidikan di Malaysia                          Semester 1
2. EDU3102  Perkembangan Kanak-kanak                                      Semester 1
3. EDU3103  Murid dan Alam Belajar                                               Semester 2
4. EDU3104  Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku                   Semester 3
5. EDU3105  Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
                        (dikendalikan oleh Jab. Teknologi Pendidikan)           Semester 4
6. EDU3106  Budaya dan Pembelajaran                                           Semester 5
7. EDU3107  Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak                      Semester 7
8. EDU3108  Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional         Semester 8
9. EDU3109  Guru dan Cabaran Semasa                                         Semester 8

No comments:

Post a Comment