Wednesday, February 4, 2015

Murid dan Alam Belajar (EDU3033)

Interaksi Kuliah dan Tutorial EDU3033 untuk Sesi Akademik Januari - Mei 2015

Minggu ini telahpun masuk minggu ke-3 interaksi kuliah dan tutorial EDU3033. Diharapkan semua pelajar sentiasa merujuk Skema TLO kursus untuk melaksanakan tugasan tutorial dan ISL yang ditetapkan pada setiap minggu.

Soalan Kerja Kursus Projek EDU3033 dijangkakan akan diedarkan pada kira-kira 2 minggu dari sekarang.
Para pelajar perlu membuat persediaan yang rapi sebelum melaksanakan kerja kursus tersebut secara individu.

Maklumat lanjut berkaitan dengan kursus ini akan diberikan dari semasa ke semasa.

Sekian

Penyelaras EDU3033
IPG Kampus Tuanku Bainun

Saturday, May 17, 2014

Peperiksaan Mei 2014

Peperikaan Mei 2014 akan berlangsung pada 19 hingga 25 Mei 2014. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar 2PISMP PMPJ, MUBHS dan PT yang telah berjaya menyempurnakan 45 jam kuliah dan 15 jam tutorial untuk Kursus EDU3103 Murid dan Alam Belajar.

Diharapkan agar para pelajar telahpun bersedia dari segi kognitif, afektif dan psikomotor untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Sekiranya proses pembelajaran dilaksanakan dengan baik, teliti dan sistematik, harapan untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang memang cerah. Aplikasikanlah segala ilmu dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan sebaik-baiknya semasa menjawab soalan-soalan peperiksaan. Berikut diberikan beberapa panduan yang dapat membantu anda menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti: 

1. Baca soalan-soalan struktur dan esei dengan teliti iaitu sekurang-kurangnya 3 kali. Fahamilah kehendak tugasan soalan yang mungkin memerlukan anda menjawab 1 atau 2 tugasan dalam satu soalan esei. 

2. Gariskan kata kunci yang penting agar kata kunci tersebut menjadi panduan kepada anda untuk merangka fakta-fakta penting untuk menjawab soalan dengan tepat. 

3. Senaraikan sekurang-kurangnya 5 fakta penting untuk soalan esei. Pilih 3 fakta penting yang terbaik untuk dihuraikan dengan mantap dalam jawapan anda. Sekiranya masih ada masa, mungkin ada boleh tambah 1 fakta lagi untuk dihuraikan agar jawapan anda sempurna,jelas dan mantap. 

 4. Soalan yang berada pada Aras Kesukaran 5 (Menilai) boleh disertakan dengan pelbagai cadangan penambahbaikan untuk memenuhi kriteria Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). 

5. Soalan yang berada pada Aras Kesukaran 6 (Mencipta) memerlukan anda mengemukakan pelbagai idea yang bernas, jitu, asli dan matang agar permasalahan yang terdapat dalam soalan itu dapat diatasi dengan berkesan. 

6. Anda perlulah menyemak setiap jawapan anda dengan teliti agar tiada sebarang kesilapan tatabahasa yang sangat ketara. 

7. Akhir sekali, sediakan rumusan atau kesimpulan untuk setiap jawapan anda untuk membuktikan bahawa anda benar-benar memahami kehendak tugasan soalan yang berkenaan. 

Peperiksaan untuk Kursus EDU3103 (Murid dan Alam Belajar) ialah pada 19 Mei 2014, jam 2.00 hingga 4.30 petang bertempat di Dewan Aminuddin Baki (DAB). 

Selamat menduduki Peperiksaan Mei 2014 dan didoakan agar anda semua memperoleh kejayaan yang cemerlang. 

Sekian, terima kasih.

Daripada: 
Penyelaras EDU3103, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tuanku Bainun (18.5.2014)

Monday, September 23, 2013

Proses Pembelajaran Gagne

Teori Gagne (1985) telah mengenal pasti bahawa minda manusia memproses maklumat seperti komputer. Maklumat yang diterima oleh minda akan diproses menjadi pengetahuan yang dipelajari (learned knowledged). Lapan peringkat proses pembelajaran yang terdapat dalam Teori Gagne iaitu peringkat:

1. Motivasi
2. Memberi perhatian
3. Perolehan
4. Ingatan
5. Ingat kembali
6. Generalisasi
7. Prestasi
8. Maklum balas

Justeru itu, sekiranya anda ingin menguasai isi kandungan kuliah yang telah disampaikan oleh pensyarah, sewajarnyalah anda membuat refleksi kendiri. Sejauh manakah anda telah mengaplikasikan Teori Gagne ini dalam proses pembelajaran anda di IPG ini? Jawapannya ada pada diri anda sendiri.

Sekian dahulu untuk kali ini.



Saturday, September 7, 2013

Kursus EDU3103 Murid dan Alam Belajar

Minggu hadapan (9 - 13 September 2013) ialah Minggu Ke-13 untuk Semester ini. Justeru itu, interaksi kuliah dan tutorial hanya tinggal 6 kali sahaja lagi. Diharapkan para pelajar PISMP Semester 2 (Jun - November 2013 dapat memberikan komitmen 100% terhadap kursus ini kerana kursus ini menggabungkan 2 komponen penting dalam Pengajian Profesional iaitu Psikologi Pendidikan dan Pedagogi.

Penyelaras EDU3103
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tuanku Bainun

Saturday, January 12, 2013

Tutorial EDU3101

Objektif Tutorial EDU3101

Tutorial EDU3101

Tutorial EDU3101 telahpun bermula pada minggu ke-2 (7 - 11/1/13). Para pelajar diingatkan agar membuat persediaan yang rapi sebelum sesi pembentangan tutorial: Antara persediaan tersebut:

1. Pastikan ada agihan tugas antara ahli-ahli kumpulan
2. Sediakan slaid persembahan powerpoint yang mengandungi maklumat yang lengkap tentang tajuk
yang dibincangkan.
3. Sediakan soalan-soalan yang releven dengan tajuk agar berlaku interaksi 2 hala antara pembentang dengan audien (rakan-rakan di dalam kelas anda)
4. Pembentang ke-4 perlu membuat kesimpulan terhadap tajuk yang dibentangkan
4. Senaraikan sumber rujukan - buku-buku rujukan, jurnal, internet dan sebagainya

Wednesday, August 29, 2012

Friday, August 10, 2012

Kerja Kursus EDU3103

Para pelajar PISMP Semester 2 perlu menyerahkan kerja kursus tersebut pada atau sebelum 17.8.2012. Diharapkan anda semua dapat menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (High Order Thinking Skills - HOTS) untuk menyempurnakan 3 tugasan yang terdapat dalam kerja kursus tersebut. Justure itu, sila baca soalan tugasan dengan teliti, fahami dengan sebaik-baiknya kehendak soalan tugasan itu dan fokuskan jawapan anda kepada kehendak soalan tugasan tersebut. Selamat melaksanakan Kerja Kursus EDU3103.

Saturday, July 7, 2012

Teori Pembelajaran Behaviorisme

Teori Pembelajaran Behaviorisme akan diperkenalkan pada minggu ke-4 (9.6.12). Memandangkan teori ini sangat complicated dengan pelbagai istilah baru, saya ingin menasihatkan kepada para pelajar agar anda semua membaca buku rujukan dengan teliti terlebih dahulu sebelum mengikuti kuliah yang akan disampaikan oleh para pensyarah. Tindakan yang sedemikian akan memudahkan anda memahami pelbagai konsep baru yang terdapat dalam teori ini.  

EDU3103 Murid dan Alam Belajar

Seramai 209 orang pelajar PISMP Semester 2 Ambilan Januari 2012 akan mengikuti kursus ini pada semester ini. Kuliah telah bermula pada 18 Jun 2012. Dokumen Proforma dan Skema TLO EDU3103 juga telah pun diedarkan kepada semua pelajar melalui pensyarah masing-masing pada minggu pertama lagi. Diharapkan agar para pelajar telah membaca dengan teliti kedua-dua dokumen tersebut agar sesi kuliah dan tutorial dapat berjalan dengan lancar. Satu langkah penambahbaikan telah dilaksanakan untuk kursus ini iaitu semua pelajar telah mendapat buku rujukan utama Murid dan Alam Belajar pada 18 Jun 2012. Justeru itu, para pelajar telah dapat membuat rujukan dengan baik sebelum membuat persediaan tutorial masing-masing.

Monday, October 10, 2011

Persediaan untuk Peperiksaan Akhir Semester 2, 2011

Interaksi kuliah EDU3103 (Murid dan Alam Belajar) hanya tinggal 2 minggu lagi, termasuk minggu ini. Sebagai Penyelaras EDU3013, saya sangat berharap agar semua pelajar telah mula membuat ulang kaji untuk subjek ini. Hal ini penting kerana subjek ini mengandungi 2 komponen penting iaitu komponen psikologi pendidikan dan komponen pedagogi. Anda perlu mempelajari, memahami dan mengaplikasikan dengan baik 5 teori pembelajaran iaitu Teori Behaviouris, Kognitif, Sosial, Humanis dan Konstruktivisme sebagaimana yang ditetapkan dalam Kerja Kursus Pendek (KKP). Di samping itu, komponen pedagogi juga amat penting untuk dipelajari dan difahami dengan baik. Misalnya, konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran perlu difahami dengan baik khas agar proses p & p dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Justeru itu, harap jangan tunggu pada saat-saat akhir untuk mengulang kaji subjek ini.

Sunday, October 9, 2011

Panduan Peperiksaan EDU3103

Anda boleh download Panduan Peperiksaan EDU3103 untuk membantu anda membuat ulang kaji subjek ini.

Monday, July 18, 2011

Murid dan Alam Belajar (EDU3103)

Seramai 202 orang pelajar PISMP Semester 2 sedang mengikuti Kursus Murid dan Alam Belajar pada semester ini (Jun - November 2011). Pada minggu ini, 18 hingga 22 Julai 2011 telah masuk minggu ke-5 kursus ini dilaksanakan pada semester ini. Interaksi kuliah selama 2 jam dan tutorial 1 jam seminggu. Di samping itu, pelajar perlu menggunakan masa 2 jam seminggu (di luar jadual waktu rasmi) untuk melaksanakan ISL.