Tuesday, October 12, 2010

Perhatian untuk Guru Pelatih KPLI SR




Topik ' Guru dan Dunia Pendidikan ' sangat penting dipelajari, difahami dan dihayati oleh para guru pelatih KPLI SR Ambilan Januari 2010 kerana topik ini membincangkan dengan mendalam tentang 16 peranan dan tanggungjawab seseorang guru atau pendidik. Justeru itu, di samping mencatat dan 'download' nota kuliah yang disediakan, anda sewajarnya membuka minda dan memahami dengan sejelas-jelasnya kandungan atau isi sari nota kuliah tersebut. Yang penting, fikirkan bagaimanakah anda mampu melaksanakan pelbagai peranan yang sangat mencabar tersebut semasa anda bertugas di sekolah nanti.

Misalnya, guru berperanan sebagai Pembina Negara, mampukah anda melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama yang bakal merealisasikan misi dan visi Wawasan 2020?

Di samping itu, renungilah juga dengan sebaik mungkin, empat peranan guru yang telah dibincangkan dalam kuliah IP pada 14.10.2010 iaitu:

1. Pengajar/Pendidik
2. Penggerak Pembelajaran
3. Pengurus Bilik Darjah
4. Ibu Bapa Ke-2

Persediaan untuk Peperiksaan Akhir Semester, November 2010

Contoh-contoh soalan Ilmu Pendidikan (PN 2051 P) disediakan untuk rujukan anda.

No comments:

Post a Comment